NATIONAL COUNCIL FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NCOSH) AWARDS

Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan adalah merupakan acara tahunan anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)/ National Council for Occupational Safety and Health (NCOSH). Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran Majlis telah mengambil langkah proaktif dengan menyertai Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021 buat julung kalinya pada tahun ini dalam kategori Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Secara keseluruhannya, Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini terbahagi kepada 32 kategori dengan 29 kategori adalah pengiktirafan organisasi dan 3 kategori pengiktirafan individu.

Pada 27 Januari 2022 yang lalu, pihak pentadbiran Majlis telah dinilai bagi peringkat pertama oleh Panel Pengauditan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor. Manakala bagi peringkat seterusnya iaitu Penilaian Peringkat Kedua Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021 yang telah berlangsung pada 17 Mac 2022 dimana Panel Pengauditan adalah dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada En Zaidi Bin Md Zain selaku Ketua Juruaudit, dan En Ikwani Bin Ismail selaku Juruaudit bagi Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara ini.

Pihak pentadbiran MBIP memberi komitmen bersama-sama semua warga MBIP dalam berusaha dan bertekad untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat di MBIP serta membudayakan amalan bekerja dengan selamat di kalangan kakitangan dan kontraktor MBIP. Pihak pentadbiran juga berharap dengan penglibatan pada tahun ini akan mencetuskan aspirasi untuk pihak MBIP mencapai tahap yang lebih tinggi di dalam aspek KKP dan meneruskan penglibatan dalam program-program yang dapat membawa MBIP kehadapan.