MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH) AWARD

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah telah berjaya menerima 39th Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) Award 2021 Gold Class II. MSOSH AWARD adalah suatu bentuk pengiktirafan kepada organisasi (kerajaan atau swasta) yang telah mencapai tahap Occupational Safety Health (OSH) yang disyorkan atau peningkatan OSH Management di tempat kerja.

Bagi sebuah PBT untuk melaksanakan OSH di tempat kerja adalah bukan sesuatu yang mudah, memandangkan skop kawasan pentadbiran Majlis yang luas dan bidang tugas yang melibatkan hubungan pelbagai pihak. MSOSH AWARD ini mempunyai standard penilaian yang amat tinggi di mana kriteria penilaian kebanyakannya adalah berdasarkan kepada prosedur-prosedur dan piawaian di dalam sektor minyak dan gas. Ini adalah kali pertama MBIP menyertai MSOSH AWARD, ianya banyak memberi pendedahan dan pengalaman yang amat berguna.

MBIP adalah satu-satunya wakil PBT dari Negeri Johor yang menyertai MSOSH Award Audit 2021. Semoga penyertaan ini akan dapat menyuntik lagi semangat MBIP untuk terus berusaha dan aktif dalam penglibatan yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta meningkatkan standard perkhidmatan kepada penduduk MBIP merangkumi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penyertaan MBIP di dalam anugerah ini turut disenaraikan di laman sesawang Malaysian Society For Occupational Safety and Health (MSOSH) https://award39.msosh.org.my/mbip.