PENSIJILAN ISO 9001:2015
LAPORAN AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI
Pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tamat pada 25 September 2023. Justeru itu, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 4 hingga 6 September 2023 bertempat di Pejabat MBIP Medini.
Majlis Pembukaan dan Penutup Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Khasanah binti Sufa’at @ Supaat, Setiausaha MBIP turut serta bersama pengarah-pengarah, auditor dalaman dan pegawai kualiti.
Sesi pengauditan kali ini diketuai oleh Ts Mohd Faizul Yusof, ketua juruaudit bersama Encik Mohd Shahril Mohd Arshad dan Cik Nur Amira Amran dari SIRIM QAS International Sdn Bhd. Pensijilan semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 berjaya dilaksanakan seperti mana prosedur standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 MBIP dengan baik dan cemerlang selari dengan teras perkhidmatan kepada pelanggan & pihak berkepentingan untuk menjadi sebuah Bandar Raya Pintar, Mampan dan Sejahtera dan pihak juruaudit mengesyorkan pensijilan MS ISO 9001:2015 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disambung sijil bagi tiga tahun.






