PROGRESS ISO 45001:2018
ISO 45001:2018 OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT SYSTEM
Pada tahun 2023, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah memulakan perancangan untuk mendapatkan pensijilan ISO 45001:2018 yang bermula pada Mei 2023 dan dijangka sehingga Ogos 2025.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mendapatkan pre-konsultasi bersama pihak SIRIM pada bulan Mei 2023 bagi mendapatkan senarai perunding yang diiktiraf bagi menjalinkan bekerjasama untuk membangunkan ISO 45001:2018.
Pada bulan Disember 2023 sehingga Jun 2024, latihan kesedaran undang-undang dan penilaian pematuhan, audit dalaman dan bengkel akan diadakan untuk Majlis Bandaraya Iskandar Puteri untuk melaksanakan pensijilan ISO 45001:2018.
Pada Julai 2024 sehingga Ogos 2025, merupakan proses akhir pelaksanaan serta penyediaan dokumen kearah pensijilan ISO 45001:2018.
