19 - KESIMPULAN
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek utama dalam sebuah organisasi. Ianya penting untuk memastikan pekerja, rakan sekerja, keluarga pekerja, pelanggan dan masyarakat sekitar berada dalam keadaan selamat dan sihat, terpelihara daripada sebarang kemalangan dan bencana di tempat kerja dan kawasan sekitarnya.
Sehubungan itu, MBIP adalah komited dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja dan berusaha mematuhi Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996.