KAJI SELIDIK BERKAITAN KESELAMATAN

KAJI SELIDIK KUALITI UDARA DALAM BANGUNAN KAJI SELIDIK BANGUNAN MBIP

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui pengurusan fasiliti (TMR) telah melaksanakan kaji selidik berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu, Jabatan Kesihatan Awam turut menjalankan kaji selidik melalui konsultan yang dilantik. Kaji selidik ini melibatkan semua jabatan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Kaji selidik yang dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melalui Pegawai Safety and Planner , pengurusan fasiliti (TMR) adalah untuk pemeriksaan tempat kerja. Keselamatan pekerja dan kawalan risiko adalah fokus utama. Ia bertujuan untuk merancang dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dalam sesuatu projek atau aktiviti. Mereka bertanggungjawab untuk menyusun strategi dan prosedur keselamatan, mengenal pasti risiko, dan memastikan bahawa semua pekerjaan dijalankan dengan mematuhi standard keselamatan yang berlaku. Pegawai Safety and planner juga perlu membuat pelan kecemasan dan mengawal jika berlaku kecemasan.

Manakala kaji selidik Jabatan Kesihatan Awam yang berada di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada pelbagai aktiviti pekerjaan.

Beberapa penilaian yang dilaksanakan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) termasuk :

  • Menilai Risiko Kesihatan Pekerja disebabkan Pendedahan kepada Bahan Kimia (CHRA)
  • Menilai Risiko Ergonomik (ERA)
  • Menilai Risiko Pendedahan Bunyi Bising (NRA)
  • Menilai Kualiti Udara Dalaman (IAQ)

Laporan ini bertujuan untuk menjelaskan status semasa Projek Kajian Berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan oleh Perunding.