RANCANGAN TAHUNAN UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 2022

Perancangan tahunan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan secara lazimnya akan dibentangkan setiap awal tahun di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jabatan. Di dalam jadual ini, aktiviti yang dirancang akan dibentangkan untuk makluman kepada semua pengurusan tertinggi seperti tarikh Audit Kendiri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyertaan bagi sebarang anugerah, penggunaan permit to work (PTW), senarai kursus-kursus yang akan dilaksanakan sepanjang tahun serta sambutan Hari OSH Peringkat MBIP. Melalui perancangan yang dibuat, segala aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dilaksanakan disamping mematuhi keperluan peruntukkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan dibawahnya.