LOST TIME INJURY FREQUENCY RATE (LTIFR)

LTIFR atau kadar kecederaan yang melibatkan kehilangan masa kerja adalah satu ukuran yang digunakan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mengukur berapa kerap kecederaan yang berlaku di tempat kerja yang menyebabkan pekerja terpaksa meninggalkan tempat kerja atau kehilangan masa kerja. LTIFR dikira dengan membandingkan bilangan kecederaan yang melibatkan kehilangan masa kerja dengan jumlah jam kerja yang dilakukan. Semakin rendah nilai LTIFR, semakin baik prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sesebuah organisasi.

Daftar kemalangan,kejadian berbahaya,keracunan pekerjaan & penyakit pekerjaan tahun 2022 adalah sebanyak 4 kes keseluruhan iaitu pada bulan Julai 1 kes, bulan September 1 kes dan bulan November 2 kes dilaporkan.

Purata tahunan pekerja adalah sebanyak 808, bilangan hari bekerja dalam setahun adalah sebanyak 245 hari dan juga jumlah jam dalam sehari adalah 8 jam.