AUDIT KENDIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
LIHAT DOKUMEN SOKONGAN
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menjalankan Audit Kendiri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan secara berkala iaitu tiga bulan sekali. Audit Kendiri ini dijalankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang telah dilantik di setiap Jabatan dan Unit. Kaedah pelaksanaan dengan menggunakan senarai semak audit yang disediakan.
Terdapat tujuh elemen yang dinilai semasa pengauditan iaitu :
- Seksyen A : Kekemasan dan Kebersihan
- Seksyen B : Keadaan Bangunan
- Seksyen C : Pencegahan Kebakaran
- Seksyen D : Peralatan Elektrik
- Seksyen E : Peti Rawatan Kecemasan
- Seksyen F : Alat Perlindungan PPE
- Seksyen G : Penyimpanan Bahan Kimia
Laporan Audit Kendiri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Jabatan dan Setiap isu dan status pelaksanaan penambahbaikan dibincangkan.