SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MBIP TAHUN 2022

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Bilik Auditorium I 24 Julai 2023
Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBIP tahun 2022 telah disiarkan secara langsung melalui laman facebook rasmi MBIP. Majlis dimulakan dengan penyampaian Sijil Pengauditan Tempat Kerja Terbaik Jabatan / Bahagian/ Unit oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Antara penerima sijil adalah Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam serta Jabatan Perancangan Pembangunan. Selain itu, sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan (JKKP) MBIP bagi Tahun 2021/2022 turut diserahkan kepada wakil JKKP MBIP iaitu Puan Nurulain Binti Rahmat.


24 & 25 Julai 2022
Dewan Utama Dan Klinik, Aras G, MBIP Medini
Telah berlangsung Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBIP tahun 2022 dengan tema "Let's Act Together to Build A Positive Safety and Health Culture". Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Pelbagai aktiviti Keselamatan dan kesihatan yang menarik serta percuma telah dibawakan seperti Pameran Kesihatan, Saringan Kesihatan, Physiotherapy, Rehab-Kesihatan Mental, Kesedaran Autism, Derma darah, Dos penggalak vaksin covid-19, Peka B40, dan suntikan Typhoid telah diadakan.

Selain itu, Pemeriksaan Kesihatan seperti Occupational Health Doktor (OHD), Pemeriksaan Kesihatan Wanita, Pemeriksaan Pekerja umur 40 tahun ke atas turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pekerja dan orang awam.

Pada hari terakhir Karnival iaitu 25 Julai 2022, demonstrasi Sesi Mock Drill Rawatan Kecemasan telah diadakan. Sesi ini telah memberi pendedahan sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan dan mangsa memerlukan rawatan kecemasan.

Dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Penawar, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah memberi manfaat dan kesedaran kepada semua mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang masa.