12-WORK INSTRUCTIONS RELATED TO TOP 3 OSH RISKS

ARAHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP) MBIP

Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) MBIP ini diterbitkan untuk dijadikan panduan kepada semua pekerja, serta orang lain yang berurusan dengan kerja-kerja dalam premis MBIP berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja adalah dinamik dan sentiasa berubah. Pendekatan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dititikberatkan bagi memastikan elemen penting seperti dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi, perancangan dan pelaksanaan serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan di MBIP.

Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBIP membincangkan dua elemen pengurusan keselamatan merangkumi polisi dan pengaturan kendiri bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di MBIP terhadap mereka yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko tersebut. (peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan).

Antara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MBIP yang diwujudkan adalah Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control (HIRARC), Melaporkan Kemalangan dan Kejadian Berbahaya dan Pengurusan Alat Perlindungan Diri.

Objektif manual ini adalah menyediakan panduan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan menekankan pelaksanaan di semua peringkat, menerangkan undang-undang, peraturan umum, prosedur dan garis panduan untuk dipatuhi, mengambil langkah yang setakat yang praktik melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, pelajar dan pelawat yang berurusan. Selain itu, ia mencegah dan mengelakkan kecederaan, penyakit pekerjaan, atau kematian di kalangan pekerja disebabkan daripada aktiviti pekerjaan seterusnya memupuk budaya kerja selamat dan sihat.

Melalui Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini, ianya dapat menggerakkan semua pihak di MBIP khususnya Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam manual dan akan dianalisa keberkesanannya sepanjang masa. Mewujudkan peraturan, prosedur dan garis panduan berkaitan KKP secara umum dan boleh digunakan bila-bila masa. Semua pekerja perlu memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing dalam bidang KKP semasa berada di kawasan MBIP.

Pengguna Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah merujuk kepada dokumen lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia atau agensi lain yang terlibat secara langsung dengan proses kerja dilakukan. Oleh itu, manual ini dapat membantu para kakitangan, kontraktor dan pelawat untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MBIP.

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

1-SOP PEMBERSIHAN FASAD 2-SOP PEMYEMBURAN KABUS 3-SOP PENANGKAPAN ANJING