3 - REKOD PEMERIKSAAN PEKERJAAN

JKP-PEMERIKSAAN PEKERJAAN


Rekod Pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan

Sebagai usaha untuk memastikan kesihatan semua kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berada di tahap yang memuaskan, Kerajaan melalui surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 1969 dan surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1976 telah menetapkan semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional termasuk Kumpulan Sokongan yang berumur 40 tahun ke atas digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa.

Justeru itu, pihak pentadbiran MBIP telah merancang untuk mengadakan sesi menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan secara tahunan. Semua kakitangan yang berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan oleh pihak MBIP. Pada tahun 2022, pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan telah diadakan pada 24 hingga 25 Julai 2022 bertempat di Dewan Utama MBIP, Medini. Pihak pentadbiran telah menjemput Poliklinik Penawar Taman Rinting, Masai untuk mengendalikan sesi pemeriksaan kesihatan tersebut. Penyertaan adalah seramai 128 orang. Jumlah kos kemudahan pemeriksaan kesihatan yang ditanggung oleh MBIP sebanyak RM 4,480.00.