1 - DATA PENGURUSAN RISIKO ISO

NOTA AUDIT 2023

Untuk memastikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kebarangkalian ancaman dan cabaran semasa melaksanakan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MBIP perlulah berupaya mengenal pasti dan menguruskan risiko secara terancang. Oleh yang demikian, pengurusan risiko yang bersistematik adalah sangat perlu untuk membolehkan MBIP sentiasa komited dan dapat memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada warga penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan. Pengurusan risiko yang baik akan dapat membantu MBIP :


1.1Melaksanakan amalan-amalan yang baik dalam pengurusan
1.2Mengurangkan kos-kos luar jangka
1.3Membudayakan pengurusan yang berstrategik
1.4Menguruskan sumber sedia ada dengan lebih berkesan
1.5Membantu dalam proses membuat keputusan yang tepat
1.6Menyelaras di antara Peluang dan Risiko
1.7Meningkatkan tahap keupayaan organisasi

Keperluan terhadap pengurusan risiko ini juga adalah selaras dengan elemen Standard MS ISO 9001:2015 sebagaimana yang dinyatakan di bawah Klausa 4.1, 4.2 dan 6.2. untuk melayakkan MBIP mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015.